suria

Gara-gara dilarang masuk rumah, suami tikam isteri sampai mati... Ada 7 kesan tikaman termasuk dekat payudara

Seorang wanita maut ditikam suaminya menggunakan pisau. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki berusia 72 tahun didakwa menikam isterinya sampai mati di bawah sebuah jambatan.

Suspek dikatakan melakukan perbuatan itu terhadap mangsa yang berusia 61 tahun kerana sering dilarang masuk ke rumah.

Kejadian berlaku di Lhokseumawe di Aceh, Indonesia.

Salah seorang saksi memberitahu, dia melihat mangsa diheret hingga jatuh sebelum ditikam suaminya menggunakan pisau.

"Kami lihat mangsa berlumuran darah dan tidak ada yang berani melerainya kerana dia (suspek) ketika itu memegang pisau," kata Muhajir pada Sabtu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Banda Sakti, Ipda Asrizal berkata, punca suspek menikam isterinya hingga mati kerana mereka sering bergaduh.

"Suspek sering tidak dibenarkan masuk ke rumah. Malah, tidak diberikan makan," kata Asrizal.

Berdasarkan keterangan saksi, katanya, suspek mendekati mangsa yang sedang duduk berehat di bawah jambatan dekat Pasar Bandaraya Lhokseumawe.

"Berlaku pertengkaran antara suspek dan mangsa sehingga mengakibatkan tikaman yang dilakukan suspek dengan menggunakan pisau," katanya.

Tambahnya lagi, motif pembunuhan berpunca daripada masalah rumah tangga yang didakwa sudah lama berlaku.

"Mangsa mengalami tujuh tikaman iaitu tiga di dada, satu di bawah leher dan satu di bawah payudara, satu bawah ketiak kiri, dan satu di belakang," ujarnya lagi.

Sebagai peringatan, membunuh merupakan perbuatan jenayah dan dilarang dalam Islam, maka semua pihak perlu menjauhinya. - Kompas

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain