SEORANG guru wanita yang bekerja di penjara dituduh pecah amanah selepas dia membawa 'telefon seks' ke dalam penjara dan membuat lebih 300 panggilan. Meredith Leyrer, 54, ditugaskan ke sebuah penjara untuk membantu banduan belajar sebelum dibebaskan, tetapi dia kini didakwa kerana menyeludup dadah, membawa telefon bimbit untuk panggilan seks dan memberi wang kepada banduan. Leyrer ditahan dan kini menghadapi pertuduhan membekalkan dan mengedar dadah, menyeludupnya ke penjara dan dan membawa telefon ke dalam penjara di Michigan, Amerika Syarikat (AS). Semua perbuatan tersebut adalah jenayah, yang mana kelas pertuduhan paling serius di AS dan boleh menyebabkan Leyrer dikenakan hukuman penjara yang berat. Sejak Disember lalu, Leyrer berperanan sebagai tenaga pengajara bagi program perkembangan banduan secara semulajadi melalui pendidikan. Bagaimanapun, pihak berkuasa mendakwa dia mula menyalahgunakan peranannya. "Ini bukan guru, tetapi penyeludup dadah yang memainkan peranan sebagai guru," dakwa Sheriff Swanson. Dia mendakwa Leyrer juga menyeludup telefon ke dalam penjara supaya dia boleh membuat panggilan seks dengan banduan. Beliau menambah, wanita itu melakukan lebih 350 panggilan kepada banduan pada Disember lalu. Menurut Sheriff Swanson, dia berjanji bahawa dia tidak akan mensia-siakan program pendidikan untuk banduan tersebut hanya disebabkan guru durjana yang menjadi 'penyeludup dadah'. - Daily Star Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube