suria

Tak order barang, wanita terkejut tiba-tiba terima lebih 100 parcel sampai bertimbun depan pintu

Timbunan kotak dari Amazon memenuhi pintu rumah Cindy. -Gambar Wusa9

SEORANG wanita terkejut apabila menerima lebih daripada 100 bungkusan yang dilonggok di hadapan pintu rumahnya.

Cindy Smith, dari Prince William County, Virginia, Amerika Syarikat bagaimanapun mendakwa dia tidak memesan satu pun barang yang dihantarnya kepadanya.

"Bungkusan ini datang dari semua orang. FedEx, Amazon, semuanya menghantar kotak," kata Smith.

Kotak-kotak itu bertimbun sehingga pekerja syarikat penghantaran tidak dapat mengakses pintu depannya lagi.

Rakaman yang dikongsi di media sosial menunjukkan berpuluh-puluh bungkusan dari Amazon dilonggokkan di depan pintu Smith.

Bungkusan itu mengandungi lebih 1,000 lampu kepala, 800 pistol gam, dan beberapa teropong kanak-kanak.

Dalam usaha untuk menyingkirkan barang-barang yang tidak diingini, Smith memandu di sekitar bandar dengan barang-barang itu menyerahkannya kepada sesiapa sahaja yang ditemuinya.

Difahamkan, Smith mungkin telah menjadi 'mangsa' di mana vendor cuba menyingkirkan item yang tidak terjual dari pusat pengumpulan barang Amazon. -India.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain