SEORANG wanita yang pada mulanya menyangka membuat tempahan Airbnb untuk bercuti, tergamam selepas mengetahui dia sebenarnya tersilap menempah keseluruhan sebuah hotel. Jasmine Gordon, 26, berhasrat membawa keluarganya bercuti di Bali, Indonesia dan membuat tempahan Airbnb yang sesuai dengan bilangan tujuh ahli keluarganya. Bagaimanapun seminggu sebelum berlepas, wanita dari Somerset, Britain itu diberitahu bahawa apa yang dianggapnya sebagai sebuah rumah baru-baru ini sebenarnya adalah hotel. "Mereka mempunyai kakitangan sepenuh masa, pengawal keselamatan, tukang masak, dan kereta golf untuk membawa anda bersiar-siar. "Ia sangat besar untuk Airbnb tetapi agak kecil untuk hotel, setiap bilik mempunyai kunci pada pintu dan mesin kopinya sendiri. "Kami hanya bertujuh dan premis itu mempunyai kapasiti menempatkan 18 orang," katanya. Wanita yang merupakan pengurus pemasaran media sosial itu mengaku bahawa saiz hotel itu agak besar ketika keluarganya mula-mula tiba. Bagaimanapun, jumlah sewa hotel itu tidak didedahkan. -Dailymail Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube