suria

Ibu upah anak gadis keluar ‘dating’ dengan 100 lelaki sebelum kahwin... Bayar lebih RM2,000 selepas cabaran selesai

Seorang gadis berjaya melengkapkan cabaran untuk berjanji temu dengan 100 lelaki.

SEORANG gadis menerima upah sebanyak AS$500 (RM2,278) daripada ibunya selepas berjaya melengkapkan 100 janji temu bersama lelaki berbeza.

TikToker Alyse Carolyn mendedahkan 'tugasan' itu perlu diselesaikan sebelum kakaknya memilih calon yang sesuai untuk berumah tangga.

Kejayaan gadis berkenaan kemudian diraikan keluarganya dengan dua buah kek.

Salah satu kek berkenaan dinyalakan lilin membentuk angka ‘100’, manakala kek kedua tertera perkataan ‘YAY.’

“Apabila ibu membayar kakak AS$500 untuk melengkapkan 100 temu janji dengan 100 lelaki berbeza sebelum berkahwin,” tulisnya Carolyn dalam video yang dikongsikan di TikTok.

Hingga kini video berkenaan meraih lebih 7.6 juta tontonan.

Sebagai bukti kakak kepada Carolyn menunjukkan senarai 100 lelaki yang ditulisnya di aplikasi nota pada telefon bimbit.

Menurut Carolyn yang mempunyai lebih 306,000 pengikut di TikTok, kakaknya mengambil masa beberapa tahun untuk menyelesaikan tugasan berkenaan.

Rata-rata netizen memuji ibu gadis berkenaan kerana sentiasa memberi peluang kepada anaknya untuk mencari sendiri pasangan hidup yang sesuai. -New York Post

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain