PENDUDUK sebuah kampung digemparkan dengan penemuan misteri sebuah kubur yang dibuat oleh sepasang suami isteri. Mereka mengesyaki pasangan itu menanam mayat bayi di dalam kubur tersebut. Namun, tuduhan tersebut hanya memalukan mereka sendiri selepas nekad untuk menggali kubur berkenaan. Begitu yang dialami penduduk di kampung Sukaresmi di Tanah Sareal di Bogor, Indonesia. Mereka pada mulanya curiga terhadap pasangan suami isteri yang baru tinggal di kampung itu, berikutan penemuan tersebut disyaki merupakan kubur bayi di kawasan perkuburan persendirian. ARTIKEL BERKAITAN: Wanita meraung 2 ekor kucing mati serentak! Seekor dalam perut ular sawa, satu lagi kena belit... Masih trauma dekati sangkar si bulus ARTIKEL BERKAITAN: Tak berhati perut! Konon pencinta haiwan tapi kurung kucing sampai mati, tuan rumah jumpa 2 bangkai reput tinggal tengkorak Sebaik digali, penduduk terkejut apabila mendapati ia merupakan bangkai seekor kucing. Memetik laporan TribunTrends, kubur kucing itu dibuat oleh pasangan suami isteri yang baru menetap di kawasan itu. "Ya, itu kucing saya, haiwan peliharaan saya juga. Kami telah menjaganya sejak kecil. "Ia mati semasa bunting. Siapa yang tidak sedih," kata Akbar Sidik yang membuat kubur kucing itu, pada Jumaat. Dia bagaimanapun tidak menyangka perbuatannya itu boleh menimbulkan kekecohan dalam kalangan penduduk setempat. "Pada awalnya, kami ingat kubur itu dibuat di tempat terbuka, tetapi ia ternyata di tanah persendirian. Mungkin itu yang kecoh. "Kebetulan di sini juga ada CCTV (kamera litar tertutup). Penduduk curiga mungkin kami sedang menanam sesuatu," katanya. - Tribun Jatim Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube