suria

Masuk mudah, susah nak keluarkan! Individu terkehel rahang, terpaksa mengulum lebih 2 jam gara-gara cuba cabaran

Seorang lelaki menerima padah apabila mengikut trend menyumbat mentol kaca ke dalam mulut. - Gambar hiasan The Star

MUDAH ketika masuk, susah ketika nak keluarkan!

Begitulah nasib seorang lelaki yang menerima padah selepas mencuba 'cabaran mentol lampu'.

Hanya dikenali Chen, lelaki itu menonton video memaparkan seorang individu menyumbat mentol ke dalam mulutnya dan tetapi tidak mampu mengeluarkannya semula, menurut media tempatan CGTN.

Chen tidak percaya dakwaan lelaki itu, jadi dia sendiri mencuba cabaran tersebut dan berakhir dengan nasib sama.

Dia langsung tidak boleh menelan atau bercakap kerana mentol kaca tersangkut di dalam mulutnya dengan bahagian logam tertonjol keluar.

lampu

Cabaran menyumbat mentol lampu ternyata membahayakan. -Gambar hiasan

Kejadian berlaku minggu lalu di bandar Yuyao di wilayah Zhejiang, China.

Pada mulanya, Chen meminta bantuan daripada anggota bomba tempatan, yang teragak-agak untuk mengeluarkan mentol itu kerana jika ia pecah, maka akan berlaku kecederaan.

Dia kemudian dibawa ke hospital, di mana doktor perlu berhati-hati mengeluarkan mentol dari mulutnya dengan alat khas.

Chen bernasib baik kerana doktor itu berjaya mengeluarkan objek itu.

Menurut doktor, Chen terpaksa mengulum mentol kaca itu selama lebih dua jam, mengakibatkan sebelah rahangnya telah terkehel.

Pada 2017, doktor di China telah memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak cuba memasukkan 'gula-gula mentol' berdiameter 6cm dan panjang 10cm ke dalam mulut. Ketika itu, ia menjadi trend, lapor BBC.

Tetapi, mengapa sukar untuk mengeluarkan objek yang mudah dimasukkan ke dalam mulut?

Sebuah video dari TheSoul Publishing menerangkan bahawa bentuk mentol membolehkan ia mudah dimasukkan ke dalam mulut, tetapi sukar untuk dikeluarkan.

Situasi ini berlaku mungkin kerana sebahagian daripada mentol terkena pada gigi dan otot rahang meregang.

Apabila mangsa tidak dapat mengeluarkan mentol, rasa takut akan melumpuhkan otot-otot.

Video itu juga menasihatkan orang ramai supaya tidak mengeluarkan mentol itu sendiri, kerana kaca itu mungkin pecah dan menyebabkan kecederaan rongga mulut.

Lebih baik mengelak terus daripada bereksperimen dengan cabaran itu. -The Straits Times

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain