suria

Isteri maut dipukul suami selepas mengaku 4 zuriat bukan ‘benihnya’, tapi anak hasil hubungan sulit

Suspek bernama Joni ditahan polis untuk membantu siasatan kes bunuh isterinya pada 26 Julai lalu. -Gambar TribunPontianak

SEORANG suami bertindak membunuh isterinya selepas wanita tersebut membuat pengakuan pernah menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain sehingga melahirkan empat anak.

Difahamkan, suspek bernama Joni, 36, dari Desa Sungai Rengas, Kalimantan Barat, sama sekali tidak menyangka bahawa empat anak yang dilahirkan isterinya selama 16 tahun mereka berumah tangga, rupa-rupanya bukan darah daging sendiri.

Insiden tragis pada 26 Julai lalu bermula apabila suspek sengaja bertanya kepada isterinya, Siti Oktaviana, sama ada dia mempunyai kekasih lain.

Ini kerana suspek curiga dengan tingkah laku isterinya. Pada mulanya, mangsa tidak menjawab dan pasangan itu bergaduh.

Selepas diasak, mangsa akhirnya membuat pengakuan bahawa empat anak yang dilahirkannya bukanlah anak suspek.

Pengakuan berkenaan membuatkan suspek berang dan menampar pipi mangsa.

Mangsa mengugut untuk melaporkan perbuatan suspek kepada polis.

Ugutan tersebut membuatkan suspek semakin agresif dan memukul mangsa. Mangsa sempat melarikan diri namun berjaya ditangkap suspek, lalu menikamnya beberapa kali di bahagian belakang badan menggunakan gunting.

Menyedari mangsa tidak memberi tindak balas, suspek membawa mangsa ke klinik sebelum akhirnya dipindahkan ke hospital.

Bagaimanapun, mangsa tidak dapat diselamatkan.

Suspek memberitahu keluarga mentuanya bahawa dia dan mangsa kemalangan motosikal.

Namun jenayahnya terbongkar selepas hasil bedah siasat menunjukkan sebab kematian mangsa adalah kerana dipukul dengan objel tumpul.

Suspek kini sudah ditahan polis bagi membantu siasatan. -Tribunnews

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain