suria

Nenek umur 80 tahun tenat gara-gara kanser, keluarga upah penari lelaki seksi untuk hiburkan hati

Max diupah untuk menghiburkan seorang wanita yang sedang tenat.

SEORANG penari dari New York, Amerika Syarikat berkongsi pengalamannya membuat persembahan untuk seorang penghidap kanser yang berusia 80 tahun.

Menurut Max Martin, 26, dia diupah oleh keluarga wanita itu untuk membuat persembahan sebagai salah satu cara untuk memenuhi permintaan terakhirnya.

"Awalnya saya sukar nak terima permintaan itu kerana ibu saya juga baru enam bulan meninggal kerana kanser. Tapi saya tetap teruskan.

"Ketika buat persembahan, saya lihat semua ahli keluarganya berpelukan dan ketawa antara satu sama lain. Mereka begitu gembira meraikan hari lahir nenek mereka serta Krismas.

"Ketika itu saya baru sedar, ini mungkin Krismas terakhir nenek mereka. Jadi saya terus bersemangat untuk hiburkan mereka semua," imbasnya.

Menurut Max, dia juga terharu apabila warga emas itu terhibur dengan persembahannya pada malam itu.

"Nenek tu cakap ia merupakan hadiah hari lahir terbaik untuknya. Saya gembira bila dia gembira. Ia seperti satu terapi untuknya," kata Max lagi. - Daily Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain