suria

Bateri kereta elektrik disyaki jadi punca kapal kargo terbakar, pekerja terjun laut untuk selamatkan diri

Bateri kereta elektrik disyaki menjadi punca kebakaran kapal kargo.

SEBUAH kapal kargo membawa 2,857 kereta terbakar di perairan Belanda ketika ia dalam perjalanan dari Jerman menuju ke Mesir, lapor Reuters.

Salah seorang daripada 23 anak kapal terkorban dan sebahagian mereka turut melompat ke laut untuk menyelamatkan diri ketika api sedang marak.

Tidak lama selepas itu, sebuah helikopter dihantar untuk menyelamatkan kru yang berada di atas bot.

Setakat ini, belum ada sebarang penjelasan mengenai punca kebakaran kapal berkenaan.

Menurut pegawai pengawal pantai yang enggan mendedahkan identitinya, kebakaran bateri kereta elektrik (EV) disyaki menjadi punca kebakaran tersebut.

Untuk rekod, kapal kargo itu membawa 25 kereta elektrik, 350 kereta Mercedes-Benz dan selebihnya kereta yang tidak didedahkan jenamanya.

Bateri kenderaan elektrik berpotensi menyebabkan kebakaran, tetapi bahayanya adalah rendah dan sama dengan risiko kebakaran kenderaan biasa. - India Times.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain