SEORANG wanita mengakui bangga memiliki badan yang berbulu kerana ia mampu menjana pendapatan lumayan buatnya. Menurut Cherry dari Seattle, Amerika Syarikat, wujud segelintir individu yang meminta agar dia berhenti mencukur bulu badannya. Sejak detik itu, Cherry melihat peluang yang ada sehingga dia berjaya menjadikannya sebagai pendapatan utama. Cherry meletakkan caj melampau antara £3,000 (RM17,367) sehingga £39,000 (RM225,781) untuk mereka yang berminat dengan bulu badannya. "Saya pernah kehilangan kerja dan betul-betul memerlukan wang. Tidak lama selepas itu, saya sedar wujud nafsu pelik dalam kalangan manusia. "Saya dapat macam-macam permintaan pelanggan, ada yang aneh, contohnya mereka minta untuk cium dan hidu bulu ketiak saya. "Mereka juga akan rakam video saya dari pelbagai sudut. Bulu saya cepat tumbuh, saya dah tak cukur sekarang," ujar pencipta kandungan itu. Sebelum ini, Cherry berkata dia juga sama seperti insan lain yang sentiasa mencukur bulu pada badan. Namun kini dia menyesali perbuatan itu dan melihat bulu-bulu yang tumbuh sebagai satu kebanggaan untuk dipamerkan kepada peminat. - Daily Star. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube