suria

Beruang teguk air Coca-Cola, netizen bengang lihat aksi kurang cerdik pengunjung zoo

Rakaman memaparkan seekor beruang diberi minuman Coke tular di media sosial.

RAKAMAN memaparkan seekor beruang dalam sangkar sedang meneguk sebotol minuman Coca-Cola mencetuskan kemarahan dalam kalangan pengguna media sosial.

Foto itu dirakam di sebuah sebuah zoo yang terletak di Dalian, di wilayah Liaoning timur laut China.

Difahamkan, ia bukan kejadian pertama, malah turut kelihatan beberapa botol kosong di sekeliling sangkar kecil beruang itu.

Video mengejutkan itu dikongsi di aplikasi Douyin, TikTok versi China sehingga ia menerima kritikan ramai yang risau terhadap kesihatan beruang itu.

"Mengapa zoo membenarkan pelawat menyuap Coke atau hidangan lain kepada beruang, yang berpotensi membunuh mereka?

"Kita sepatutnya mengentikan amalan ini," tulis beberapa netizen. - Daily Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain