SEORANG lelaki dari Jawa Timur, Indonesia berjaya diselamatkan selepas dia hilang selama sehari di dalam hutan. Mangsa iaitu Suyanto, 42, hilang ketika dia masuk ke hutan untuk mencari makanan bagi haiwan ternakannya. Menurut penyelamat yang dikenali sebagai Agus, mangsa ditemukan dalam keadaan lemah di pinggir hutan Desa Ngares di Wilayah Trenggalek pada Selasa. "Mangsa hanya duduk menangis. Mungkin bersyukur kerana akhinya ada orang menjumpainya," kata Agus. ARTIKEL BERKAITAN: Si bongsu hilang 11 hari, sesat masuk kampung bunian... Ibu menyesal tak sudah suruh beli telur waktu Maghrib Menurut Agus, mangsa ketika itu kelihatan terpinga-pinga dan tidak mampu berkomunikasi secara biasa. Seleps dibawa keluar, Suyanto mula stabil sebelum dia berkongsi pengalamannya hilang di dalam hutan sehingga membuatkan Agus meremang bulu roma. Cerita Agus, mangsa dapat melihat pasukan penyelamat sedang mencarinya di kawasan hutan, namun mereka langsung tidak menyedari kehadirannya di situ. "Dia cerita, masa orang mencari, dia sempat lambai-lambai tangan, tapi mereka semua macam tak nampak," cerita Agus lagi. Mangsa yang juga seorang penoreh turut meluahkan rasa syukur dapat disatukan semula dengan keluarganya. - Detik. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube