TINDAKAN seorang lelaki yang bersembunyi di dalam tandas untuk merakam video wanita membawa padah apabila dia ditahan pengawal keselamatan. Menurut polis California, pihak keselamatan di Hospital Kaiser Permanente di Riverside menangkap lelaki itu pada Rabu sekitar waktu tengah hari sebelum diserahkan kepada pihak polis. "Pegawai menemui rakaman wanita yang memasuki tandas di telefonnya," kata polis. Polis berkata mereka juga menemui peralatan menghisap dadah pada lelaki berusia 27 tahun itu, yang dikatakan seorang gelandangan. Dia menghadapi pertuduhan termasuk merakam seseorang secara senyap dan memiliki peralatan dadah, kata polis. Lelaki itu ditahan tanpa jaminan. Untuk makluman, Riverside terletak kira-kira 55 batu ke timur Los Angeles. –The Charlotte Observer/Tribune News Service Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube