suria

Berkelakuan buruk di lapangan terbang, pelancong China pukul polis selepas dihalang masuk pesawat

Pelancong itu dihalang menaiki pesawat kerana berkelakuan buruk.

VIDEO memaparkan seorang pelancong warga China sedang menyerang pegawai polis di Lapangan Terbang Don Mueang, Bangkok, tular di media sosial.

Pelancong berkenaan cuba mengasari polis dengan papan selaju selepas dia dihalang memasuki pesawat kerana berkelakuan buruk.

Mejar Jeneral ML Santhikorn Worawan, Komander Polis Pelancong Bahagian 1, menjelaskan kejadian berlaku pada 9 Ogos sekitar jam 10.30 malam di ruang istirahat Lapangan Terbang Don Mueang.

Awalnya, pasukan polis pelancong dimaklumkan bahawa seorang penumpang warga China, dianggarkan berusia sekitar 45 tahun, melakukan kekecohan dengan jeritan yang kuat.

Polis yang bergegas ke ruangan itu mendapati pelaku dalam keadaan gelisah kerana tidak dibenarkan menaiki pesawat.

Dia dihalang oleh kakitangan syarikat penerbangan selepas kapten penerbangan menilai tingkah-lakunya yang berpotensi mengganggu penumpang lain.

Sebagai penyelesaian, polis bekerjasama dengan syarikat penerbangan itu untuk mengatur perjalanan pulang penumpang tersebut ke Shenzhen.

Penerbangan gantian untuk penumpang itu dijadualkan berlepas pada hari berikutnya pada jam 7.25 malam. - Thaiger.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain