SEORANG doktor berdepan tuduhan cabul selepas dia didakwa melakukan onani hadapan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun. Insiden itu berlaku dalam sebuah pesawat ketika mereka dalam perjalanan dari Hawaii dan Boston pada Mei tahun lalu, menurut Jabatan Kehakiman. Dr Sudipta Mohanty, 33, seorang doktor perubatan dari Boston, dikatakan melakukan tindakan mengejutkan itu dalam Penerbangan 90 Hawaiian Airlines dari Honolulu di hadapan gadis itu, yang dalam perjalanan bersama datuk dan neneknya, lapor Law & Crime. Doktor itu bukan sahaja mendedahkan zakarnya, malah turut melakukan onani sehingga berlakunya ejakulasi. Doktor itu muncul di mahkamah persekutuan pada Khamis, di mana dia dibebaskan dengan syarat. - Daily Star. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube