suria

Datang tanpa keluarga, lelaki lari selepas akad nikah! Pengantin perempuan tunggu atas pelamin sendirian

Wanita ditinggalkan selepas akad nikah.

HARI pernikahan sepatutnya menjadi kenangan terindah buat pasangan pengantin dan keluarga.

Namun berbeza pula dengan anak remaja berusia 16 tahun ini apabila dia ditinggalkan sendirian sejurus akad nikah berlangsung.

Lebih menyedihkan apabila dia yang menggayakan baju pengantin berwarna merah, duduk di atas pelamin bersama kedua orang tuanya demi menyambut tetamu yang datang.

Pernikahan yang berlangsung pada 11 Ogos itu diadakan di rumah pengantin perempuan di Kota Bima, Indonesia.

Pengantin wanita hanya ditemani orang tuanya di atas pelamin.

Pengantin wanita hanya ditemani orang tuanya di atas pelamin.

Menurut ketua kampung, Muhammad Saleh, pengantin perempuan masih di bawah umur dan berusia 16 tahun.

"Pihak keluarga lelaki tidak menginginkan pernikahan tersebut... disebabkan itu dia kabur setelah ijab kabul," ujarnya.

Namun ayah pengantin perempuan mengakui rancangan pernikahan anaknya sudah disepakati.

Bagaimanapun, beberapa hari sebelum pernikahan, keluarga mempelai lelaki tiba-tiba menolak majlis persandingan walaupun kad undangan telah diedarkan.

"Undangan sudah kami edarkan, mana mungkin kami batalkan resepsi," ujarnya. - Bangkok Post

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain