suria

Ahli bina badan tembak mati bekas isteri depan bayi, siar pembunuhan secara live di laman sosial sebelum ambil nyawa sendiri

Suspek turut membunuh dua individu lain selain bekas isteri, dan kemudian membunuh dirinya sendiri. -Gambar DailyUK

SEORANG lelaki di Bosnia menembak mati bekas isterinya serta dua individu lain sebelum membunuh dirinya sendiri.

Lelaki itu yang dikenal pasti sebagai Nermin Sulejmanovic dari bandar Gradacac di timur laut Bosnia, turut menyiarkan pembunuhan itu secara langsung di Instagram.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku pada pagi Jumaat lalu.

Menerusi video yang disiarkan, kelihatan dia mengambil pistol dan menembak kepala bekas isterinya.

Tangisan bayi perempuan pasangan tersebut juga boleh didengari dalam video berkenaan.

Sulejmanovic, 35, turut mengesahkan dia tidak mengapa-apakan bayi tersebut.

Menurut media tempatan, Sulejmanovic bekerja sebagai jurulatih kecergasan namun turut menjadi ahli kumpulan tertentu dan mempunyai rekod jenayah membabitkan keganasan, pergaduhan, dan penglibatannya dalam pengedaran dadah.

Ketika polis mula mengesannya susulan pembunuhan yang disiarkan, suspek kemudian menerbitkan satu lagi video di Instagram, mendakwa telah menembak sekurang-kurangnya dua individu lain.

Kenyataan polis di bandar Tuzla menyebut, selain tiga terbunuh, tiga lagi mangsa dilaporkan cedera sebelum suspek membunuh diri.

"Pembunuh itu akhirnya membunuh dirinya sendiri, tetapi tiada siapa yang boleh mengembalikan nyawa mangsa," kata Perdana Menteri, Nermin Niksic yang turut melahirkan rasa dukacita di atas insiden berkenaan.

Pihak berkuasa bagaimanapun belum membuat sebarang kenyataan lanjut mengenai motif pembunuhan. -Dailymail

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain