SEORANG wanita tergamak menikam bapa kandungnya sehingga menyebabkan warga emas itu meninggal dunia, gara-gara berang ditegur mengambil minuman keras. Kejadian dilaporkan berlaku di Bangka Selatan, Indonesia pada 13 Ogos lalu. Suspek yang hanya dikenali dengan nama Nos, 32, dilaporkan menikam bapanya, Sarkawi yang berusia 60 tahun selepas kedua-duanya bertengkar gara-gara isu minuman keras. Pada mulanya, suspek dikhabarkan cuba menetak bapanya dengan parang namun mengenai bahagian telinga. Melihat bapanya dalam keadaan terbaring, suspek segera berlari masuk ke dalam rumah kerana ketakutan. Pergaduhan antara mereka kemudian berterusan dengan si bapa menghalau suspek keluar dari rumah. Tidak tahan dengan bebelan bapanya, suspek mengambil pisau dan bertindak menikam dadanya. Adik suspek yang melihat kejadian tersebut segera meminta pertolongan penduduk kampung namun mangsa meninggal dunia tidak lama kemudian. Polis yang dimaklumkan mengenai kejadian segera bergegas ke lokasi dan menangkap suspek. -Tribunnews Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube