suria

Belum berusia 35 tahun tapi dah timang cucu... Wanita bangga jadi salah seorang nenek termuda di UK!

Rachel menimang cucu pertama ketika berusia 34 tahun. -Gambar @rachelmcintyre6/CATERS NEWS

SEORANG wanita menjadi perhatian di media sosial gara-gara mengakui status dirinya yang sudah menjadi seorang nenek pada usia 34 tahun.

Rachel McIntyre, dari Edinburgh, menyambut kelahiran cucu pertamanya pada penghujung Julai dan berkongsi berita gembira itu di media sosial.

Warga maya bagaimanapun memuji Rachel yang kelihatan terlalu muda dan cantik untuk menjadi seorang nenek, di samping ada yang mengucapkan tahniah kerana menyangka wanita itu baharu menimang cahaya mata.

Rachel yang hamil kali pertama ketika berusia 15 tahun, mengakui agak terkejut apabila mendapat tahu anak perempuannya yang berusia 17 tahun, hamil pada tahun lalu.

"Anak perempuan saya baru sahaja mencecah 18 tahun, dan saya sangat terkejut apabila saya mendapat tahu dia hamil.

"Tetapi lama kelamaan saya mula teruja. Saya tahu bahawa saya akan memberikan sokongan kepadanya," ujar Rachel.

Wanita ini mendedahkan, ramai yang tidak mempercayai dirinya bergelar nenek pada usia muda sehingga memintanya menunjukkan kad pengenalan.

"Saya selalu diminta menunjukkan kad pengenalan kerana kelihatan sangat muda. Ia menjengkelkan, tetapi boleh juga dianggap pujian," ujarnya.

Rachel yang mempunyai seorang lagi anak berusia 10 tahun turut 'tersenarai' sebagai salah seorang nenek termuda di United Kingdom. -Mirror

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain