suria

18 tahun koma akibat kemalangan, pemuda digelar 'the sleeping prince'

Al Waleed digelar 'the sleeping prince' kerana koma selama 18 tahun.

DIKENALI sebagai ‘the sleeping prince’, Putera Raja Kerajaan Arab Saudi, Al Waleed bin Khaled bin Talal telah koma selama 18 tahun selepas terlibat dalam kemalangan pada 2005.

Malah sehingga kini, dia masih bergantung sepenuhnya pada mesin ventilator.

Kisahnya meruntun hati masyarakat dunia selepas ayahnya, Khaled enggan menghentikan penggunaan alat bantuan pernafasan berkenaan.

Tambahan pula, dia dikhabarkan dengan maklum balas positif berikutan Al Waleed dilihat menggerakkan jari jemari semasa ‘berbual’ bersama adiknya Putri Noura binti Talal pada Oktober 2020.

Bantuan pernafasan diberikan sepenuhnya.

Bantuan pernafasan diberikan sepenuhnya.

Meskipun kesemua usaha yang dilakukan termasuk membawa tiga doktor terbaik dari Amerika Syarikat dan seorang dari Sepanyol, tidak membuahkan hasil, namun dia masih menaruh harapan bahawa anaknya akan kembali sedar.

“Seseorang bertanya kepada saya, mengapa tidak mencabut alat bantuan tersebut? Saya menjawab bahwa jika itu adalah kehendak Tuhan baginya untuk mati dalam kecelakaan itu, maka dia akan berada di kuburnya," ujar Khaled.

Pada 2005, Al Waleed terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika sedang mengikuti pengajian di sekolah ketenteraan di London.

Akibat kemalangan tersebut, dia mengalami pendarahan otak hingga menyebabkannya terbaring di tempat tidur selama 18 tahun selain bergantung sepenuhnya pada ventilator untuk terus ‘hidup’. - Okezone

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain