suria

Meriah! Majlis pernikahan pengantin lelaki berusia 110 tahun diraikan ahli keluarga, kenalan

Pasangan warga emas dari Pakistan ini tular di media sosial. -Gambar Twitter

SEORANG lelaki warga emas berusia 110 tahun di Mansehra, Pakistan tular selepas dia bernikah dengan seorang wanita berusia 55 tahun.

Menurut laporan media tempatan, ini adalah perkahwinan keempat buat Abdul Hanan Swati.

Majlis pernikahan pasangan berkenaan berlangsung di sebuah masjid, dengan mas kahwin yang ditetapkan adalah sebanyak Rs 5,000 (RM78).

Anak lelaki sulung Abdul Hanan kini berusia 70 tahun.

Abdul Hanan dilaporkan sudah mempunyai 84 ahli keluarga termasuk enam anak lelaki, enam anak perempuan dan berpuluh-puluh cucu serta cicit.

Majlis pernikahannya dihadiri ahli keluarga dan kenalan.

Sebuah video yang menunjukkan Abdul Hanan memakaikan rantai tangan pada isterinya, tular di media sosial. -Dailypakistan

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain