suria

Tragis! Mayat doktor jelita ditemukan berbogel dalam beg pakaian, muka ditoreh dengan pisau

Mayat Thallita ditemukan dalam beg pakaian di kediamannya. -Gambar gmconline

MAYAT seorang doktor wanita ditemukan dalam keadaan berbogel di dalam beg pakaian di kediaman mangsa.

Dilaporkan, mangsa berusia 28 tahun, Thallita Fernandes, ditemukan dalam beg pakaian di bangunan di kawasan kejiranan mewah di São Paulo, Brazil pada 18 Ogos.

Polis menerima panggilan selepas rakan-rakan Thalitta menyedari kehilangan mangsa yang tidak membalas mesej mereka, lapor GMC Online.

Seorang tukang kunci dipanggil sebaik polis tiba di kediaman mangsa pada petang Jumaat.

Polis kemudian mendapati kesan darah di bilik air dan bilik tidur mangsa, yang juga berkunci.

Polis menerima panggilan selepas rakan-rakan Thallita menyedari kehilangan mangsa. -Gambar metropoles.com

Menurut polis, mayat Thallita ditemukan di dalam beg pakaian dalam keadaan berbogel dengan kesan luka di mukanya, kemungkinan ditoreh menggunakan pisau.

Metropoles melaporkan bahawa teman lelaki mangsa merupakan suspek utama dalam kes pembunuhan itu.

Mesej teks terakhir Thalitta turut menimbulkan kecurigaan, 'Saya tidak boleh katakan hari di tempat kerja sangat sibuk', namun rakannya tahu dia tidak bekerja pada hari berkenaan.

Seorang pekerja bangunan itu melaporkan bahawa jiran mengadu tentang pergaduhan pada waktu pagi sebelum kejadian berlaku.

Menurut saksi, teman lelaki doktor itu menghubungi teksi dan meninggalkan apartmen pada sebelah petang mayat mangsa ditemukan.

Thallita bertugas sebagai doktor di bilik kecemasan wilayah metropolitan São José do Rio Preto. - Daily Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain