suria

Sering jadi mangsa gangguan seksual, bekas pelatih industri terima pampasan lebih RM2.1 juta

Mangsa membuat laporan selepas tamat latihan industri. -Gambar hiasan The Star

HANYA kerana kiriman emel 'marry me', seorang pengarah di National Grid terpaksa membayar pampasan kepada seorang pelatih industri di syarikat terbabit sebanyak RM2,125,666 (£360,000).

Perkara tersebut diputuskan tribunal pekerjaan selepas wanita pertengahan 20-an terbabit mengaku diganggu secara seksual.

Mana tidaknya, Colin Higgins didakwa telah meminta mangsa, Emma Tahir yang merupakan pelatih penyelia projek menanggalkan pakaian, mengganggu secara fizikal dan memintanya 'berkahwin'.

Susulan daripada itu, Emma melaporkannya kepada tribunal pekerjaan di Hull bahawa Higgins, yang dikatakan berusia lima puluhan dan bertindak sebagai mentor sering mengganggu dengan mesej serta emel yang menyatakan dia begitu menggemari dan meminatinya.

Bukan itu sahaja, dia turut menyatakan mereka berdua mungkin boleh 'bersama' sekiranya dia masih muda.

Berikutan siasatan dalaman terhadap tingkah laku Higgins, dia mengekalkan tugasnya di syarikat tersebut.

Tetapi, pada tahun 2021 Emma meletak jawatan dan menyaman Grid Nasional kerana gangguan seksual, penganiayaan dan pemecatan salah.

Pelatih itu mendakwa pengalamannya dengan pengurus itu merosakkan 'laluan kerjaya'nya sehingga mendapat pampasan daripada tribunal.

Mengenai pampasan, hakim Joanna Wade berkata ia termasuk untuk malu dan masalah psikiatri.

Pada asalnya, Emma yang mempunyai ijazah undang-undang dari Universiti Leeds, menyertai Grid Nasional dalam program pembangunan pembinaan dengan gaji RM177,163 (£30,000). - Daily Mail

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain