suria

Pelanggan kena panjat 120 meter, kedai runcit paling unik tiba-tiba viral

Kedai runcit itu terletak di Taman Geologi Negara Shiniuzhai, wilayah Hunan.

PELIK tapi benar.

Sebuah kedai runcit yang terletak di China tular kerana ia dibina di lokasi yang tidak masuk akal.

Menerusi foto tular, kedai kecil itu kelihatan tergantung pada sisi tebing bukit di Taman Geologi Negara Shiniuzhai, wilayah Hunan.

Lebih mengerikan, kedai itu terletak pada ketinggian 120 meter dan biasanya hanya diakses oleh para pendaki di taman geologi berkenaan.

Kedai kayu itu sebenarnya dibina untuk membekalkan makanan serta minuman kepada para pendaki semasa proses pendakian mereka.

Akhbar media kerajaan China CCTV melaporkan kedai itu turut menjual barangan seperti paket kerepek.

Untuk rekod, foto kedai itu mula meraih perhatian ramai apabila ia disiarkan ke platform media sosial X oleh pemilik akaun Science Girl.

“Di wilayah Hunan di China, 120 meter di tepi tebing terdapat sebuah kedai. Ia membekalkan pendaki dengan makanan ringan, minuman semasa pendakian mereka.

"Pekerja mengisi semula kedai menggunakan zipline, untuk menawarkan pengalaman membeli-belah yang unik dengan gabungan rezeki dan pemandangan ini," ciap pemilik Twitter itu. - Daily Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain