suria

Enggan anak angkat rasa tersisih, bapa tunggal datang sekolah pakai gaun dan rambut palsu raikan Hari Ibu

Lelaki ini sanggup berpenampilan seperti wanita demi menyambut Hari Ibu.

SEORANG bapa tunggal yang berpakaian menyerupai wanita ini mencuri perhatian ramai ketika meraikan Hari Ibu di sekolah bersama anak angkatnya.

Menurut portal Mothership, Cream adalah pelajar kelas tiga yang dibesarkan oleh bapanya, Joe Lookphonbodee, 48, juga merupakan guru di Sekolah Ban Noen Kroi, Thailand.

Bagi mengelakkan anaknya daripada bersedih, Joe sanggup memakai rambut palsu dan gaun untuk duduk di kerusi sepatutnya diduduki seorang ibu semasa menghadiri acara tersebut.

Satu rakaman video menunjukkan Cream memberi penghormatan kepada Joe sebelum memeluknya di mana rakan-rakan lain bersama ibu masing-masing turut dimuat naik di TikTok.

"Ibu, saya pun boleh jadi (ibu)," tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

Malah, foto menunjukkan kemesraan mereka bersama turut dikongsikan di Facebook sehingga menjadi tular baru-baru ini.

Menurut Cream, dia tidak malu dengan tindakan bapanya malah menganggap Joe kelihatan cantik dan comel pada hari tersebut.

"Hari Ibu tahun ni saya nak ucapkan saya sayang ayah saya. Terima kasih sebab membesarkan dan membuatkan saya gembira.

"Hidup ni tak ada satu pun yang kurang," kata Cream.

Untuk rekod, Hari Ibu di Thailand disambut pada 12 Ogos setiap tahun untuk memperingati jasa dan pengorbanan seorang ibu juga menjadi hari memperingati ulang tahun kelahiran mendiang Permaisuri Sirikit.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain