SEORANG lelaki yang meragut beg tangan kanak-kanak perempuan berjaya ditangkap oleh pihak polis. Dalam laporan SerambiNews, mangsa dikatakan berjalan bersendirian sebelum diragut di Bandung, Jawa Barat, Indonesia. Menurut pihak polis di Bandung, Oliestha Ageng Wicaksana, mangsa ragut mengalami kecederaan luka di bahagian leher. Katanya, pelaku sebelum itu melihat mangsa memasukkan 50,000 rupiah (RM15.16) ke dalam beg tangannya. Bagaimanapun, di dalam beg tangan itu, wang yang berjaya diperoleh pencuri tersebut hanyalah 7,500 rupiah (RM2.27). Tindakannya meragut adalah bertujuan untuk mendapatkan wang tambahan membeli minuman keras. Tambah Ageng, peragut berdepan hukuman penjara sembilan tahun jika disabitkan dengan kesalahan. “Hukumannya paling lama adalah sembilan tahun penjara. “Tapi kita tidak fokus pada jumlah wang tetapi kejadian mengakibatkan luka di tubuh mangsa. “Pihak kami akan proses kes ini bersesuai dengan undang-undang mengenai kejadian," katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube