suria

Tanpa senjata, wanita berani lawan perompak cuba pecah masuk rumah... Penjenayah akhirnya cabut lari

Rakaman daripada kamera litar tertutup (CCTV) ketika kejadian tersebut berlaku.

SEORANG wanita bertindak berani dengan melawan seorang perompak yang cuba menyerang dan memecah masuk ke kediamannya.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di daerah Rajanna Sircilla, Telangana, India pada Ahad lalu.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian, kelihatan seorang perompak bersembunyi di sebalik dinding selepas membunyikan loceng pintu rumah wanita tersebut.

Apabila wanita tersebut keluar untuk memeriksa, perompak yang bersenjakan batang besi itu segera menyerang mangsa.

Wanita tersebut bagaimanapun bergelut dengan perompak berkenaan dalam cubaan untuk menyelamatkan dirinya, yang akhirnya menyaksikan penjenayah tersebut melarikan diri.

Mangsa kemudian membuat laporan polis susulan insiden berkenaan, yang turut memaklumkan bahawa seutas rantai tangannya berjaya dilarikan perompak tersebut.

Video rakaman CCTV itu tular di laman sosial dengan rata-rata netizen memuji keberanian wanita berkenaan, selain menggesa pihak berkuasa agar segera memberkas penjenayah terbabit. -India.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain