suria

Hiburan tak sesuai dengan umur, cikgu tadika dikecam ajar murid-murid menari ‘twerk’

Video kanak-kanak melakukan aksi 'twerk' tular di media sosial.

PELAYAR media sosial meluahkan rasa berang susulan penularan video memaparkan seorang guru tadika di Thailand yang mengarahkan kanak-kanak melakukan tarian 'twerk' di dalam kelas.

Rakaman itu pada mulanya dikongsi menerusi akaun media sosial guru berkenaan, namun ia kemudiannya disebarkan oleh individu lain sehingga menjadi topik bualan ramai.

Menerusi video itu, ia pada awalnya memaparkan beberapa kanak-kanak yang sedang berlatih untuk persembahan sekolah.

Tidak lama kemudian, guru itu mengajar murid-muridnya untuk melakukan tarian 'twerk' yang memerlukan mereka membuat pergerakan provokatif menggunakan punggung dan pinggul.

ARTIKEL BERKAITAN: Jemaah wanita bikin kecoh di Makkah, ‘content’ joget ganggu laluan orang ramai

Video itu mencetuskan gelombang kritikan mengenai sifat tarian tersebut yang dianggap tidak sesuai untuk kanak-kanak.

Selebriti popular Mario Maurer turut menyelar perbuatan guru itu yang disifatkan gagal mendidik kanak-kanak mengikut kesesuaian umur mereka.

“Guru harus mengajar kanak-kanak untuk menyatakan diri mereka dengan sewajarnya dengan usia mereka. Jangan hanya pertimbangkan hiburan," ujarnya. - Thaiger.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain