PENDUDUK setempat digemparkan dengan mural yang memaparkan lukisan patung Barbie dalam keadaan berbogel, dekat kawasan permainan kanak-kanak. Rata-rata penduduk menyifatkan mural tersebut tidak sesuaikan didirikan di kawasan itu. Lukisan besar patung berbogel terletak di Pittville Park, Cheltenham di United Kingdom. Menurut pelukis, Katie Scott, mural berkenaan adalah berdasarkan permainan zaman kanak-kanaknya dan bermaksud untuk membangkitkan kebahagiaan dan ketawa orang ramai. Bagaimanapun, segelintir penduduk terganggu dengan lukisan patung berbogel itu dan bimbang kanak-kanak mungkin melihat imej tersebut. Mural patung Barbie dalam keadaan berbogel. -Gambar Will Morgan Sementara itu, Gloucestershire Live melaporkan terdapat pihak yang melaporkan aduan mengenai perkara itu kepada pihak berkuasa tempatan. Katie yang melukis anak patung bogel di taman itu sebagai sebahagian daripada Festival Cat Cheltenham, yang menceriakan beberapa dinding yang suram di bandar itu. Jelasnya, dia sedih apabila mendengar segelintir pihak memberi reaksi negatif terhadap hasil kerjanya. Beberapa pengkritik mempersoalkan pilihan imej Barbie berbaring telentang dengan kasut yang ditanggalkan, yang mana mereka percaya ia membayangkan sesuatu yang seksual. Katie bagaimanapun menafikan dakwaan itu. "Tiada niat seksual sama sekali di sebalik lukisan itu. Ini semua tentang nostalgia dan kembali ke zaman kanak-kanak. "Mengenai komen tentang kasut dan gaya patung itu... kasut plastik kecil yang dipakai Barbie adalah salah satu barang kegemaran saya (foto diambil dari permainan zaman kanak-kanak saya). "Ia adalah gubahan yang saya reka untuk mencipta semula cara saya secara tidak sengaja meletakkan permainan saya selepas bermain dengannya di dalam bilik merah jambu saya," katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube