suria

Dijangka hanya ada 9 bulan sebelum ‘pergi’, suami terluka dengar permintaan terakhir... Isteri sakit mahu ‘bersama’ ex-BF

Seorang isteri menyuarakan permintaan terakhir untuk 'bersama' bekas kekasih. -Gambar hiasan

DIJANGKA hanya dapat hidup selama beberapa bulan, seorang isteri yang sakit menyuarakan permintaan terakhir pelik kepada suaminya.

Seorang lelaki mendakwa permintaan isterinya membuatkan dia terkejut, malu dan bersalah untuk memenuhi salah satu permintaan terakhir tersebut, iaitu melakukan hubungan intim bersama bekas kekasih.

Kisah suami isteri itu mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen selepas luahan lelaki itu dikongsi di laman sosial Reddit.

"Isteri saya menghidap penyakit yang tidak dapat disembuhkan. Dia dijangka hidup paling lama sembilan bulan.

"Sudah tentu hati saya berkecai, kami telah bersama selama satu dekad.

"Saya tak dapat bayangkan hidup tanpa dia dan saya tak tahu apa saya akan lakukan selepas dia tiada.

"Saya berusaha melakukan yang terbaik pada hari-hari terakhirnya dan menunaikan segala permintaannya yang boleh ditunaikan," katanya.

Baru-baru ini, menurut si suami, isterinya memberitahu bahawa perkara terakhir yang dia mahu lakukan adalah menjalinkan hubungan intim dengan bekas teman lelakinya.

"Sudah tentu saya terkejut dan apabila saya bertanya mengapa dia mahu begitu. Pada dasarnya dia fikir bahawa bekas kekasihnya yang paling serasi secara fizikal.

"Sejujurnya saya sangat marah dan dikhianati sehingga dia bertanya perkara ini kepada saya. Saya rasa saya diletakkan pada kedudukan di mana saya perlu mengatakan ya kerana dia sedang nazak.

"Saya sangat terluka kerana hubungan intim dengan bekas kekasih nampaknya sangat baik pada dia sehingga dia perlu melakukannya sekali sebelum dia mati. Saya benci segala-galanya tentang ini," katanya lagi.

Sebagai peringatan, perbuatan berzina adalah haram dan berdosa besar. - Tootfab

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain