suria

Kemaluan dipotong isteri, lelaki tuntut ganti rugi RM167,000

Seorang wanita ditahan kerana memotong kemaluan suaminya.

SEORANG lelaki di Solo, Indonesia menuntut ganti rugi daripada isterinya sebanyak 550 juta rupiah (RM167,017) kerana wanita itu memotong kemaluannya.

Ganti rugi tersebut adalah untuk digunakan bagi membiayai rawatan di luar negara.

Menurut peguambela mangsa, anak guamnya perlu menjalani pembedahan dan rawatan susulan akibat kecederaan berkenaan selama setahun.

Terdahulu, isteri lelaki berkenaan nekad memotong kemaluan mangsa kerana sakit hati gara-gara bakal diceraikan.

Perbuatan tersebut dilakukan di sebuah penginapan di Daerah Jebres, Kota Solo pada 16 Mei lalu.

Pelaku dituduh melakukan penganiayaan terancang sehingga menyebabkan kecederaan parah dan sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara sehingga lima tahun. -Tribunnews

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain