suria

Budak perempuan maut, badan penuh kesan dera… Bapa, kekasih diburu polis!

Sara Sharif dilaporkan meninggal dunia dipercayai dibunuh.

POLIS Pakistan memburu bapa kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun yang ditemui mati di dalam rumah keluarganya di selatan London.

Polis di London menemui mayat Sara Sharif di rumah Surrey sejurus selepas bapanya, Urfan Sharif, membuat panggilan telefon 999 kepada mereka dari Pakistan.

Detektif Sarjan Mark Chapman, dari Polis Surrey, berkata Sharif, berusia 41 tahun, pasangannya Beinash Batool, 29, dan adiknya Faisal Malik, 28, kini berada di Pakistan dan dikehendaki untuk disoal siasat.

Bapa mangsa, kekasih didakwa melarikan diri di Pakistan.

Bapa mangsa, kekasih didakwa melarikan diri di Pakistan.

Ketiga-tiga mereka yang turut membawa lima kanak-kanak, berumur satu hingga 13 tahun menaiki pesawat menuju ke Islamabad sehari sebelum Sara ditemui mati.

Seorang ejen pelancongan tempatan memberitahu BBC dia dihubungi seseorang yang dikenali Sara sekitar jam 10 malam sehari sebelum mayat gadis itu ditemukan, mahukan tiket kapal terbang untuk tiga dewasa dan lima kanak-kanak.

Tiket ke Islamabad berharga lebih $10,000 telah ditempah pada 9 Ogos, beberapa jam sebelum mayat Sara ditemui bersendirian.

Bedah siasat tidak menentukan punca kematian tetapi keputusan menunjukkan Sara telah mengalami kecederaan pelbagai, yang berkemungkinan berpunca dalam tempoh masa yang lama.

Ibu Sara Olga Sharif berpisah dengan suaminya pada 2017 dan dia memberitahu akhbar The Sun, hanya melihat Sara dua kali pada masa itu. - 9news

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain