suria

Pelajar bidang perubatan tawar khidmat seks, buat kerja sambilan untuk cari wang tambahan... Pegawai bank, ejen insuran jadi pelanggan

Kegiatan pelacuran masih berleluasa sehingga ke hari ini. -Gambar hiasan

SEORANG pelajar perubatan merupakan antara enam pekerja seks yang ditahan oleh polis kerana menawarkan khidmat pelacuran di Hong Kong.

Pegawai polis penyamar sebagai pelanggan untuk mengumpul bukti sebelum polis menyerbu rumah pelacuran di Jalan Kimberley di Tsim Sha Tsui, kira-kira jam 7 petang, Khamis.

Pegawai turut menahan seorang wanita berusia 20 tahun yang dituduh sebagai dalang utama yang mengendalikan rumah pelacuran tujuh bilik itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Penduduk kampung tak benar kebumi mayat pelacur di kawasan kubur, NGO terpaksa masuk campur

Menurut sumber, siasatan awal mendapati pelajar yang berusia 20-an itu telah bekerja sebagai pelacur sambilan selama beberapa bulan untuk mendapatkan wang tambahan.

Antara lain yang turut ditahan adalah dua remaja perempuan berusia 16 tahun.

Menurut sumber, perkhidmatan pekerja seks itu diiklankan menerusi kumpulan sembang Telegram yang turut memaparkan gambar mereka.

Lelaki yang terdiri daripada pegawai bank, ejen insurans serta pramugara merupakan antara pelanggan yang sering berkunjung ke rumah pelacuran itu. - SCMP.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain