suria

Gempar jumpa bungkusan kain seperti pocong, ada foto wanita... Cantik orangnya, bergaya sambil tersenyum

Penemuan foto wanita dalam bungkusan kain putih. -Gambar TikTok @g3rakan_mania

PENDUDUK digemparkan dengan penemuan bungkusan kain yang mirip seperti pocong.

Bungkusannya berwarna putih seperti pocong tetapi saiznya lebih kecil.

Sebaik dibuka, penduduk terkejut menemui sehelai baju dan gambar seorang wanita.

Penemuan aneh itu dirakamkan menerusi satu video di akaun TikTok pada Isnin.

Keterangan video memaklumkan objek itu ditemui di Empangan Klambu, Grobogan di Jawa Tengah, Indonesia

Dalam rakaman tersebut, kelihatan beberapa lelaki yang merupakan penduduk setempat menemui objek berkenaan di tepi empangan.

Penemuan itu menunjukkan sekeping foto wanita yang memakai tudung dan berbaju merah.

Wajahnya yang cantik itu bergambar sambil tersenyum.

Di ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar wanita di dalam foto tersebut diberi perlindungan.

Sebagai peringatan, perbuatan seperti mendapatkan khidmat bomoh dan sihir ditegah dalam Islam dan semua pihak perlu menjauhinya. - Tribun Medan

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain