SEORANG wanita di Bangkok meraih populariti di media sosial sehingga digelar sebagai "tukang sapu paling cantik" di Thailand. Pattaramon Thocharoen, 27, turut meraih lebih 300,000 pengikut di TikTok selepas beberapa video tentang dirinya yang sedang bekerja mencuri perhatian ramai. Meskipun bekerja di jalanan, wanita itu tetap tampil dengan solekan wajah serta kuku yang cantik. “Orang ramai mengecam saya kerana bersolek dalam profesion saya, tetapi mengapa saya tidak boleh kelihatan cantik semasa melakukan kerja keras? "Ia untuk kepuasan saya sendiri," katanya ibu kepada dua cahaya mata itu. ARTIKEL BERKAITAN: Tak berkerdip mata tengok peniaga jelita jual mi sup viral... Ramai yakin bukan kerja bomoh tarik pelanggan - “Pelaris tersendiri dah ada” Menurut Thocharoen, populariti yang diraih turut memberi manfaat dari segi kewangan buatnya yang tinggal serumah bersama 10 ahli keluarga lain. Dia kini menjana pendapatan dengan membuat reviu barang serta kolaborasi bersama pelbagai jenama perniagaan. “Sekarang saya lebih stabil dari segi kewangan. Saya boleh berbelanja lebih untuk perkara kecil seperti memilih penghantaran ekspres semasa membeli-belah dalam talian atau menjamu selera dengan keluarga saya," ujarnya. Bapa Thocharoen adalah seorang pemandu lori sampah, manakala ibunya juga merupakan seorang tukang sapu jalanan. - News.Yahoo. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube