suria

Polis lancar siasatan kes UFO terbang atas bangunan Parlimen

Polis lancar siasatan berhubung laporan penampakan UFO di Brazil. -Gambar Jam Press Vid

POLIS Brazil melancarkan siasatan selepas tular video memaparkan objek terbang tidak dikenali (UFO) yang dilihat berlegar-legar di ruang udara negara itu.

Beberapa insiden berkaitan UFO dilaporkan, antaranya dakwaan penampakan di atas bangunan parlimen atau Kongres Nasional di ibu negara Brazil, Brasília.

Selain itu, kejadian sama didakwa turut berlaku di Esplanada dos Ministérios.

Pada mulanya ia disangka sebagai dron, namun Polis Persekutuan menafikan spekulasi itu.

Pihak berkuasa mengesahkan mereka tidak menerbangkan sebarang dron di kawasan itu pada mana-mana malam antara 13 dan 16 Ogos - ketika objek berkenaan dikesan.

Mereka kini melancarkan siasatan rasmi ke atas rakaman kontroversi itu dan mendakwa telah menghantar imej tersebut untuk dinilai oleh pakar penganalisis. - Daily Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain