suria

Berbaki 5 bulan untuk disiapkan... Landasan kereta api sedang dibina runtuh, 26 pekerja maut

26 pekerja maut dalam kejadian itu.

LANDASAN kereta api yang sedang dibina di Mirozam, India runtuh secara tiba-tiba, mengorbankan 26 pekerja.

Seramai 40 pekerja berada di lokasi itu ketika sebahagian daripada rangka logam runtuh ke atas tanah.

Jambatan itu merupakan satu-satunya akses dari Aizawl, ibu kota Mizoram ke seluruh India.

Landasan itu sedang menjalani kerja-kerja pembinaan dan pengubahsuaian yang meluas dalam beberapa bulan kebelakangan ini, merentasi trek sepanjang 51.48 kilometer (km).

Ia hanya tinggal lima bulan lagi untuk disiapkan.

Perdana Menteri Narendra Modi berkata bantuan akan disalurkan kepada mangsa-mangsa dan waris mereka yang terbunuh akan diberikan pampasan. - Daily Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain