AKIBAT tersalah sangka dengan isterinya, seorang lelaki bertindak menikam sepupu sendiri selepas mengesyaki kedua-duanya telah menjalinkan hubungan sulit bersama. Mereka pada awalnya hanya bertengkar sebelum suspek mengeluarkan pisau dan menikam mangsa sehingga maut. Menurut pegawai polis Medan Timur, Rona Tambunan, mereka menerima panggilan berhubung pergaduhan antara mangsa dan suspek. Pun begitu, setibanya di lokasi di Simpang Jalan Perwira 1 di Kota Medan Indonesia, mangsa telah ditemukan terbaring bersama kesan tikaman. "Suspek cuba melarikan diri, tetapi berjaya ditahan dan dibawa ke balai polis. "Mangsa yang dibawa ke hospital berhampiran bagaimanapun disahkan meninggal dunia," ujarnya. Tambahnya, suspek berusia 38 tahun bagaimanapun kesal dengan perbuatannya dan melutut ketika gambarnya ditangkap untuk rekod polis. Katanya lagi, punca kejadian masih dalam siasatan. - Medan Tribune Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube