suria

Korban kasih! Kakak derma rahim, buka peluang adik miliki anak kandung

Operasi pembedahan dilakukan dengan sempurna.

DEMI membantu adik perempuan memiliki anak kandung, seorang wanita sanggup mendermakan rahimnya.

Operasi pembedahan bagi pemindahan rahim itu dijalankan selama sembilan jam.

Difahamkan, ia merupakan operasi pertama yang dilakukan dan dilaporkan telah berjaya.

Menurut pakar bedah, Profesor Richard Smith, wanita terbabit berusia 40 tahun dan telah mempunyai dua orang anak manakala adiknya berusia 34 tahun dan baru sahaja mendirikan rumah tangga.

Bukan itu sahaja, adiknya juga sudah menyimpan embrio dan akan melakukan IVF pada akhir tahun ini.

Tambah Richard, proses transplan itu adalah paling sukar sepanjang bergelar doktor.

"Saya rasa bersyukur kerana penderma kembali sihat selepas pembedahan dilakukan dan penerimanya juga dapat bertindak balas baik dengan organ terbabit.

"Diharapkan dia berjaya memiliki bayi selepas ini," tambahnya. - Okezone

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain