SEORANG pemuda tergamak membuang air kecil ke atas seorang lelaki yang cedera dipukul dan tidak sedarkan diri di atas jalan. Kejadian berlaku di Agra in Uttar Pradesh, India. Video yang tular di media sosial pada Isnin menunjukkan pemuda itu menendang kepala mangsa sebelum kencing ke atasnya. Ketika kejadian, mangsa yang cedera selepas tidak sedarkan diri dalam keadaan terbaring di atas jalan. Klip berdurasi 30 saat yang tersebar selepas dikongsi di laman Twitter, turut menunjukkan remaja itu dan rakan-rakannya mendera mangsa. Susulan video yang tular, polis menahan suspek. Menurut polis, video itu dirakamkan kira-kira tiga hingga empat bulan lalu. "Polis telah menahan seorang suspek dan giat memburu mereka yang lain," kata Timbalan Pesuruhjaya Polis (Bandar) Suraj Kumar Rai kepada agensi berita PTI. Dalam satu kenyataan menerusi video di Twitter, Rai berkata polis mengambil maklum selepas penularan video itu. “Hasil siasatan mendapati tiada aduan dibuat mangsa di mana-mana balai polis di Agra berhubung perkara ini. "Video didapati kira-kira tiga hingga empat bulan lalu dan remaja itu dikenali sebagai Aditya,” tambah Rai. Sebagai peringatan, keganasan merupakan perbuatan jenayah, maka semua pihak perlu menjauhinya. - India.com Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube