SEORANG wanita tetap meneruskan impiannya untuk memiliki cahaya mata meskipun suaminya meninggal dunia akibat penyakit jantung pada Mac lalu. Menurut Isobel Barnes, dia dan keluarga membuat keputusan untuk membekukan sperma suaminya sebelum dia meninggal dunia agar dapat meneruskan keturunan mereka pada masa akan datang. Selepas bercuti di beberapa negara untuk menghilangkan kesedihan, Isobel akhirnya pulang ke Nottingham, England dan kini bersedia untuk menjalani rawatan persenyawaan in vitro (IVF). Kata Isobel, dia juga mula membeli pakaian bayi sebagai persiapan awal sekiranya dia benar-benar berjaya hamil tidak lama lagi. "Kami memang tahu bahawa dia akan meninggal dunia. Tapi kami tetap mahu meneruskan keturunan kami. Tak semua orang bertuah. "Saya tertanya-tanya, adakah saya pentingkan diri kerana masih mahu hamil walaupun suami saya tiada lagi di dunia ini?" soal wanita itu. Dalam pada itu, Isobel berharap perkongsiannya itu dapat membuka mata orang ramai tentang topik tabu seperti pendermaan organ. "Paling penting, saya mahu mendiang suami saya bangga. Apabila saya kongsi cerita ini di media sosial, saya harap orang ramai makin terbuka untuk derma darah atau organ mereka," ujarnya lagi. - Mirror. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube