MALANG tidak berbau. Seorang pelancong Jepun yang sedang bercuti di Bali, Indonesia meninggal dunia ketika bermain permainan air ekstrem di lokasi peranginan itu. Kikuchi Satoshi, 60, maut selepas terjatuh dia ke dalam laut ketika sedang menaiki pelampung 'flying fish' di Pantai Tanjung Benoa, Kuta Selatan. Kejadian itu turut disaksikan oleh isteri serta tiga orang anaknya. Wayan Simpen, salah seorang pemandu PT Bali Coral Dive dan Marine Sport di Pantai Tanjung Benoa mengesyaki kejadian tragis itu berpunca daripada cuaca buruk. Simpen berkata, angin tiba-tiba kencang ketika Satoshi bermain permainan itu pada Jumaat. "Semalam mendung. Angin (tiba-tiba) kencang," kata Simpen. Pelampung yang digelar 'flying fish' itu merupakan permainan air yang mencabar adrenalin kerana ia akan terangkat ke udara apabila ditarik dengan laju oleh bot. - Detik. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube