suria

Nenek 17 cucu masih laris... Kini bercinta dengan pemuda umur 25 tahun, sedang berusaha dapatkan cahaya mata

Cheryl berkahwin dengan lelaki itu pada September 2021.

MACAM nenek dengan cucu!

Begitulah kisah percintaan antara Cheryl McGregor, 62, dengan seorang lelaki muda, Quran McCain, 25.

Cheryl yang mempunyai tujuh anak dan 17 cucu yakin bahawa dia masih mampu hamil meskipun statusnya kini sebagai warga emas.

Namun, selepas percubaan untuk hamil gagal kerana faktor usia, Cheryl berkata dia tidak putus asa dan mahu menggunakan khidmat ibu tumpang.

Cheryl dan Quran berjumpa kira-kira sedekad lalu ketika mereka sama-sama bekerja di sebuah restoran makanan segera di Rome, Georgia.

Selepas lama bersahabat, mereka akhirnya menjalinkan hubungan cinta dan berkahwin pada tahun 2021.

"Kami berkahwin pada September 2021. Kini kami bersedia untuk menambah bilangan ahli keluarga.

"Meskipun Cheryl mempunyai tujuh anak dan 17 cucu, saya rasa saya juga layak untuk ada anak sendiri dengannya," ujar pemuda itu lagi. - Daily Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain