SEORANG lelaki ditahan atas dakwaan membunuh rakannya dan menyembunyikan mayat di dalam hutan di wilayah tengah Kanchanaburi, Thailand. Mangsa, yang dikenali sebagai Ratchapon Chaincharn, 32, dilaporkan hilang oleh ibunya pada 27 Ogos. Pada 29 Ogos, Balai Polis Mueang Kanchanaburi telah dipanggil untuk memeriksa mayat lelaki tidak dikenali di dalam hutan berdekatan sebuah kem tentera udara. Mayat yang mula reput itu dibalut dengan buaian, malah tangan mangsa juga diikat di belakang badan. Siasatan polis membawa kepada penahanan suspek, Nattawaiyawat “Toon” Wanchana, 34 tahun, anak kepada bekas tentera di wilayah itu. Polis menangkap dan menyoal Toon kerana bukti menunjukkan penglibatannya dalam pembunuhan itu. namun dia menafikan semua dakwaan. Menurut ThaiRath, Toon pernah ditangkap dan dipenjarakan selama enam tahun pada 2016 selepas dia menembak mati seorang pengawal keselamatan. - Thaiger. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube