suria

Diusir sebab 2 bulan tak bayar sewa bilik, gadis akhirnya nikahi ‘owner’ beza usia 20 tahun

Pasangan ini berbeza usia sebanyak 20 tahun.

TULAR video memaparkan kisah seorang gadis yang berkahwin dengan tuan bilik yang disewanya.

Menariknya, sebelum bernikah gadis itu mengakui pernah diusir kerana gagal membayar sewa.

Kisah hidupnya ini diceritakan sendiri oleh empunya diri di akaun TikToknya @mom.shtp menerusi lebih 10 video yang dikongsi.

Menurutnya, pada tahun 2020 dia nyaris dihalau keluar oleh tuan bilik kerana mempunyai tunggakan biliik sewa selama dua bulan.

Namun siapa sangka, dia kini menjadi isteri kepada pemilik bilik sewanya itu.

Kedua mereka mempunyai seorang cahaya mata.

Kedua mereka mempunyai seorang cahaya mata.

Kisah ini berlaku di Indonesia namun tidak dapat dinyatakan lokasi tepat.

"Masih ingat tahun 2020 mahu disuir tuan rumah gara-gara sewa tertunggak dua bulan dan sekarang suami saya adalah tuan rumah itu sendiri," tulisnya.

Lebih unik, pasangan itu mempunyai perbezaan umur 20 tahun yang mana si isteri berusia 21 tahun manakala suaminya 41 tahun.

Disebabkan perbezaan usia ini netizen membuat spekulasi bahawa lelaki itu seorang duda dan mempunyai banyak harta.

Namun, pemilik akaun terus memberitahu situasi sebenar.

"Suami aku bukan duda guys. Dia memang belum bertemu jodoh yang tepat jadi lewatlah bernikah huhu," ujarnya.

Kini, pasangan ini sudah mempunyai cahaya mata berusia tiga bulan. - Tribun

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain