SEORANG pempengaruh media sosial dikritik kerana menayangkan payudaranya ketika dia bercuti di taman tema Disneyland, Hong Kong. Menurut Emilia Wong, dia tidak mempunyai niat lain, sebaliknya hanya mahu melakukan eksperimen sosial sahaja untuk melihat reaksi orang ramai terhadapnya. "Memakai baju ungu untuk eksperimen sosial. Keputusan misteri akan diumumkan kemudian," ujarnya. Emilia mempunyai lebih 46,000 pengikut di media sosial. Tindakan Emilia meraih reaksi bercampur-baur di media sosial yang mana rata-ratanya meninggalkan komen kecaman terhadapnya. Malah, tindakan itu dianggap tidak wajar kerana Disneyland merupakan lokasi percutian mesra kanak-kanak. - Daily Star. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube