SEORANG wanita menjadi mangsa pembunuhan suami dan dua anak tirinya. Ia susulan penemuan mayat seorang wanita di bawah sebuah jambatan oleh penduduk selepas terhidu bau busuk. Kejadian berlaku di Bukit Kapar di Dumai, Sumatera di Indonesia, pada Jumaat lalu. Mayat mangsa berusia 41 tahun itu ditemukan berbungkus dalam guni. Dilaporkan, suami mangsa merupakan suspek utama kes pembunuhan dan kini diburu polis. Dua anak tiri mangsa berusia 14 dan 12 tahun pula ditahan, disyaki membantu bapa mereka dalam pembunuhan itu. Memetik laporan Tribun Pekanbaru, Ketua Polis Dumai, AKBP Dhovan Oktavianton melalui Unit Siasatan Jenayah Polis Dumai, AKP Bayu Ramadhan Effendi, mendedahkan hasil siasatan awal menunjukkan kedua-dua anak tiri sengaja membiarkan ibu tiri dibunuh kerana tidak sanggup lagi didera mangsa. Mereka mendakwa sering menjadi mangsa kekerasan ibu tiri. Bukan sahaja dilarang bersekolah, malah mereka turut dikerah untuk bekerja. Mangsa turut didakwa sering melakukan keganasan rumah tangga terhadap suami dan anak-anak tiri. Keadaan itu dikatakan menyebabkan bapa kepada dua kanak-kanak itu membunuh mangsa. . - Tribun Medan Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube