suria

Bayi 'disampahkan'! Ibu buang anak selepas bersalin dalam lif, siap lap kesan darah

CCTV memaparkan tindakan wanita tersebut yang membuang bayinya di dalam tong sampah. -Gambar hiasan Weibo

TIDAK berperikemanusiaan.

Begitulah perumpamaan yang sesuai untuk seorang ibu yang tergamak membuang bayi sendiri ke dalam tong sampah sejurus selepas dilahirkan.

Bayi malang tersebut dilahirkan ketika ibunya berada di dalam lif sebuah bangunan kediaman di China.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), wanita terbabit yang didakwa sedang bercuti di Chongqing, memasuki lif dengan membawa beg pakaian pada 21 Ogos.

Dia memakai overall dan membongkok di sudut dalam lif tersebut sebelum mengeluarkan bayi dari bahagian bawah pakaiannya.

Wanita itu kemudian menggunakan kertas tisu untuk mengelap darah bayi, kasutnya dan lantai lif seperti dilaporkan akhbar China Huanqiu.com pada hari Sabtu.

Selepas lif berhenti, wanita itu keluar dan membuang bayi itu ke dalam tong sampah lobi malah menggunakan kertas tisu untuk menyembunyikan bayi baru lahir itu.

Pun begitu, perbuatannya disedari seorang lelaki warga emas, yang kebetulan berada di lobi berkenaan.

Dia yang menyedari kelakuan aneh wanita terbabit kemudiannya melihat ke dalam tong sampah.

Pada malam itu, bayi yang masih hidup itu ditemui oleh penduduk, yang menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan sebelum membawanya ke hospital.

Seorang kakitangan hospital, yang tidak dikenali, dipetik oleh Huanqiu sebagai berkata bahawa bayi itu dibenarkan keluar beberapa hari kemudian dan kini kembali bersama wanita itu dan pasangannya. - AsiaOne

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain