suria

Berpusing di udara sebelum ekor putus... Dua maut helikopter terhempas kena rumah

Tangkap layar rakaman video helikopter berpusing sebelum terhempas.

BELUM lagi reda tragedi yang berlaku di Elmina dekat Shah Alam di Selangor baru-baru ini, media sosial sekali lagi dikejutkan dengan insiden seumpamanya yang mengorbankan dua nyawa.

Menerusi rakaman yang tersebar, sebuah helikopter telah dilihat berpusing-pusing dinudara sebelum jatuh terhempas dalam keadaan tragis berhampiran Sekolah Tinggi Blanche Ely.

Klip insiden di Florida, Amerika Syarikat itu juga menunjukkan helikopter itu meninggalkan jejak asap hitam di belakangnya, selepas bahagian ekornya dilihat terbakar dan terpatah.

Kemas kini dari tempat kejadian kini mengesahkan dua orang terbunuh dalam nahas itu, dengan empat lagi cedera.

Menurut pihak berkuasa tempatan, helikopter malang itu adalah dari pasukan Penyelamat Kebakaran Pejabat Broward Sherrif dan terhempas di Pantai Pompano, Florida, berhampiran Miami.

Laporan menyatakan helikopter itu terhempas dan terkena bangunan di kawasan perumahan di Pantai Pompano.

Dalam video lain, helikopter itu dilihat terbelah dua dengan bahagian ekornya jatuh ke darat.

Sekurang-kurangnya lima jentera bomba hadir ke lokasi kejadian selepas kejadian kira-kira jam 8.45 pagi dan kawasan berhampiran Lebuhraya Dixie kini ditutup. - Daily Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain